Friday, 27 December 2013

Start new journey for my true life~

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah aku dapat kembali semula menjejak blog yang telah bersawang lama telah aku tinggalkan, kini aku menemui kembali kata kuncinya. :) kalau ada yang pernah follow post aku yang lepas dengan segala kekecewaan yang pernah aku luahkan telah berubah kepada sebuah berita gembira buat pemilik hati Allah ini.

Sebelum kita melihat hasil daripada usaha dan doa yang kita mohon pada tuhan, pasti kita akan menemui PUTUS ASA terlebih dahulu. tapi jika kita menemui kejayaan, mungkin seperti ini yang akan kita lakukan. Jom tengok jap ~


oKeyh..! Dah tengok? Tertanya-tanya apa funtions gambar nie kan. Yes...! Sebenarnya inilah wallpaper untuk phone aku yang sekarang, kalau korang tengok "Finish my missions in STUDIES, getting the great result for my PARENTS" tu adalah aku punya pembakar semangat setelah berjaya memperolehi keputusan yang terbaik sepanjang aku berada di KUIN. 

Sorry guys! kalau gambar tu aku hitamkan because memang aku pakai Niqab sebenarnya tapi itu semua adalah koleksi gambar-gambar lama sewaktu aku sekolah menengah sehingga sebelum masuk ke KUIN. 

Yang sebenarnya...aku nak share dekat korang bahawa Allah Rab kita itu Maha Adil dan Maha Memberi. Timbalan Dekan Syariah aku pernah berkongsi 1 nama dari 99 nama Allah itu pada bulan puasa 2013 baru-baru ini di Masjid Zahir. Pesannya kepadaku, jika terlalu susah untuk menghafal, sebutkan 1 nama Allah ini iaitu "Ya Fatah", alhamdulillah aku mengamalkannya walaupun aku masih tidak mampu untuk beristiqamah, aku dapat mengamalnya walaupun di sisi Allah ia sangat sekelumit.

Ditakdirkan Allah aku masih dapat belajar dalam jurusan syariah. Aku tahu bahawa Allah tahu yang hamba kerdil ini mahukan ilmu agamanya. Ilmu Allah ini luas seperti air laut, jika kita celup jari kita...setitis yang ada pada jari itulah ilmu yang kita ada. Cuba kita perhatikan luasnya ilmu Allah itu jika kita benar-benar mahukannya. 

________ Okeyh ! Nampaknya aku akan continue dalam post yang akan datang, jam menunjukkan pukul 11 malam, masa untuk berehat ________ 

Selamat Malam :)


No comments:

Post a Comment