Friday, 27 December 2013

Start new journey for my true life~

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah aku dapat kembali semula menjejak blog yang telah bersawang lama telah aku tinggalkan, kini aku menemui kembali kata kuncinya. :) kalau ada yang pernah follow post aku yang lepas dengan segala kekecewaan yang pernah aku luahkan telah berubah kepada sebuah berita gembira buat pemilik hati Allah ini.

Sebelum kita melihat hasil daripada usaha dan doa yang kita mohon pada tuhan, pasti kita akan menemui PUTUS ASA terlebih dahulu. tapi jika kita menemui kejayaan, mungkin seperti ini yang akan kita lakukan. Jom tengok jap ~


oKeyh..! Dah tengok? Tertanya-tanya apa funtions gambar nie kan. Yes...! Sebenarnya inilah wallpaper untuk phone aku yang sekarang, kalau korang tengok "Finish my missions in STUDIES, getting the great result for my PARENTS" tu adalah aku punya pembakar semangat setelah berjaya memperolehi keputusan yang terbaik sepanjang aku berada di KUIN. 

Sorry guys! kalau gambar tu aku hitamkan because memang aku pakai Niqab sebenarnya tapi itu semua adalah koleksi gambar-gambar lama sewaktu aku sekolah menengah sehingga sebelum masuk ke KUIN. 

Yang sebenarnya...aku nak share dekat korang bahawa Allah Rab kita itu Maha Adil dan Maha Memberi. Timbalan Dekan Syariah aku pernah berkongsi 1 nama dari 99 nama Allah itu pada bulan puasa 2013 baru-baru ini di Masjid Zahir. Pesannya kepadaku, jika terlalu susah untuk menghafal, sebutkan 1 nama Allah ini iaitu "Ya Fatah", alhamdulillah aku mengamalkannya walaupun aku masih tidak mampu untuk beristiqamah, aku dapat mengamalnya walaupun di sisi Allah ia sangat sekelumit.

Ditakdirkan Allah aku masih dapat belajar dalam jurusan syariah. Aku tahu bahawa Allah tahu yang hamba kerdil ini mahukan ilmu agamanya. Ilmu Allah ini luas seperti air laut, jika kita celup jari kita...setitis yang ada pada jari itulah ilmu yang kita ada. Cuba kita perhatikan luasnya ilmu Allah itu jika kita benar-benar mahukannya. 

________ Okeyh ! Nampaknya aku akan continue dalam post yang akan datang, jam menunjukkan pukul 11 malam, masa untuk berehat ________ 

Selamat Malam :)


Saturday, 6 July 2013

Aku yang pasti~

28 Jun 2013 aku mengikuti program FASSTrain di Taman Wetland Putrajaya, saat itu aku keseorangan pelajar Insaniah yang ada lagi sahabat-sahabat lain yang aku baru kenal yang belajar di KUIS, IPG, UIA, UITM, Ting. 6 dari Terengganu dan lain-lain lagi. Bila aku terdengar ada sahabat itu bercakap pasal pointer, ada satu perasaan yang amat sedih bila dengar dia cakap pointer dia ok (3.7*) hm..dalam hati aku kata, hebat nya, bila aku tanya study dalam kos apa, dia jawab syariah n tanya lagi, bahasa pengantar n exam jawab dalam apa, dia ckp BM, BI just subject Syariah betul2 baru ada ARABIC. Bila aku tanya ada hafal Quran tak, diaorang kata tak ada. Apa yang menyedihkan aku, bila pointer aku tak ada sampai cecah macam tu sebab aku terfikir adakah aku tidak mampu untuk belajar Ijazah Sarjana Muda Syariah tu dalam bahasa Arab, bahasa pengantar Arab sebab Sheikh2 dar Al-Azhar, hafal 1 sem satu juzuk, Exam pun jawab dalam Arab. 

Kadang-kadang aku ada jugak rasa nak berhenti dari Kuin, aku rasa tersiksa bila yuran satu sem mencecah RM3000, bukan semua orang mampu, yang itu hanya yuran pengajian, belum masuk kos sara hidup dan kitab-kitab lagi, bagi pelajar lama, mereka masih bertuah kerana yuran untuk satu semester tidak mencecah RM1000. Aku terfikir sejenak, kenapa aku memilih Insaniah? Kenapa aku tak ambik bidang selain agama, kalau aku ambik kos matematik atau apa-apa di Universiti lain, mesti pointer aku terbaik sebab SPM aku pun alhamdulillah memang layak untuk ke IPTA bahagian biasa,bukan Pengajian Islam.

Tapi kenapa aku yang Allah pilih untuk terima ujian macam ini, padahal aku setiap hari tak pernah lekang dari berbuat dosa, aku bukan seorang kuat. Ya Rabb! saat ini aku menitiskan air mata, aku tidak tahu untuk mengadu kepada siapa selainmu, aku tidak tahu di mana tempat belajar yang terbaik untuk aku teruskan perjuangan dalam bidang dakwah.

Aku amat sayang untuk meninggalkan apa yang aku ada sekarang di Kedah. Aku sudah selesa untuk tinggal di sana dengan kemudahan dan aku sudah dapat mencari satu tempat untuk aku menabur jasa untuk masyarakat di sana, tetapi aku mahu yang terbaik untuk hidup aku sekarang. Mak dan ayah angkat aku pun ada di sana, jika kekosongan waktu, aku dapat meluangkan masa dengan pelajar Tahfiz, tapi kalau di tempat lain, adakah aku mendapat membuat perkara yang sama..?


Aku tinggalkan warkah ini sementara~~~semoga aku dapat menyambungnya kembali...

Sunday, 19 May 2013

Secebis Hati Muslimah

Duhai hati kecil
Janganlah engkau bersedih hati
menunggu yang tak pasti
bukan milikmu
yang tidak tercatat di luth mahfuz

sabarlah duhai hati kecil
bukan semua yang kau impikan
akan engkau kecapi
akan engkau menikmati
keindahaan dunia yang fana
yang hanya sementara bahagiannya

buktikanlah duhai hati kecil
andai ia benar-benar buat engkau bahagia
tidakkah engkau terfikir
akan dosanya
akan Allah tarik nikmat secara
perlahan-lahan
dalam keadaan kita tidak sedar
dalam keadaan kita leka
kita merasakan saat itu indah
tidak mempunyai apa-apa masalah

tetapi...
adakah kau sedar
sebenarnya...
itu adalah "istidraj"
Allah berikan kejayaan
kesenangan
kegembiraan
sedang hatimu tidak lekang membuat dosa
mengkufuri akan perintahNya
ya Nauzubillah

Jika benar si hati kecil
kau mahukan teman...
mahukan tempat untuk berkongsi cerita...
perbanyakkanlah sujudmu...
jatuhkan lututmu...
untuk menghina diri pada sang Pencipta
luahkan semua padaNya...
memohon padaNya...
kerana hanya Rabb sahaja mampu membuka pintu hati pasanganMu itu nanti
tidak berguna engkau mengharap tanpa kepastian
yang belum pasti adakah dia milikmu atau tidak
percaya pada Takdir
Reda kan dirimu
agar semua ketentuan...
apa yang kau harapkan...
akan dimakbulkan...

Bersabarlah Duhai Si Hati Kecil :)

Al-Mufakkir~Hamba Allah


Saturday, 18 May 2013

Inginku nukilan buatmu Wahai Syabab Akhir Zaman...

Bismillah wa Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad...
cintanya aku padamu ya Rasulullah...

Wahai Syabab akhir zaman
inginku nukilankan sebuah coreta dihatimu
sebuah diari
yang boleh membuatkanmu 
tidak melupakanku walau sesaat...

aku hanya ingin merasai
kasih sayangmu wahai syabab...
aku inginkan diri ini 
dirindui
disayangi
dicintai...

aku sama seperti wanita-wanita lain
yang mempunyai perasaan seperti itu...
kerana...
aku adalah manusia yang normal...

tidak pernah ada dalam kamus hidupku
untuk tidak memiliki mana-mana syabab
yang Soleh...
yang mempunyai pegangan agama yang sangat kuat...

kerana
aku mahukan pangilan "Sayang"mu yang MAHAL harganya
ungkapan "Rindu" yang BERNILAI harganya...
bukan syabab yang murah kasih sayangnya kepadaku...

Ya Syabab...
Andai engkau tahu
hasrat terpendam dalam hati kecil si niqabis ini...
sungguh tinggi harapannya...
kerana...dia mahu menjadikannya...
solehah yang benar2 bernilai...

Walaupun aku merindui Syabab yang tidak pernah muncul dalam hidupku...
bukan bermakna aku senang untuk mencintai kaum mu...
kerana...
aku mahukan yang HALAL...
aku mahu merindui "syabab yang halal"
seorang pejuang islam
yang merindui Syurga Allah...
yang amat digeruni olehnya Azab Allah..

Ya Rasulullah...
aku mahu menjadi seperti Saidina Fatimah,
yang cintanya dipilih oleh Allah...
aku ingin menjadi sepertinya...
kerana dia adalah Role Muslimah yang patut dicontohi oleh semua wanita...
sifatnya yang sabar dan tabah
perlu kita ikuti...

Ya Rasulullah....
aku mahukan Zauj seperti Saidina Ali,
hebatnya dia menegakkan Islam...
hebatnya dia dalam menjadi seorang pemimpin buat zaujahnya...

Ya Allah...
kurniakan aku seorang zauj yang soleh....
yang benar-benar engkau pilih untukku...
agar...
tatkala aku di uji...
biarlah aku rebah dalam pangkuannya...
iaitu insan yang bergelar "Zauj"

Al-Mutafakkir~Yang mencari cinta~

Biarlah aku benar-benar bercinta

Salam mujahadah bagi pejuang-pejuang yang menentang diri 
dari pelbagai jenis nafsu
termasuk nafsu amarah...

Alhamdulillah ana sempat lagi mengupdate post di entry 
yang tak seberapa ini, sekadar mahu 
menyebarkan lagi dakwah, berkongsi cerita dan pengalaman dan lain-lain lagi...

Ana ingin kongsikan kisah cinta...
buat sahabat-sahabat serta diri ana sendiri

~Biarlah Aku Benar-benar Bercinta~

Tatkala usia remaja sudah meningkat ke alam dewasa...
sudah menjadi fitrah buat diri anak adam
yang mempunyai rasa cinta...
Cinta si Muslimin buat Muslimatnya...
Cinta si Adam buat Hawanya...
Cinta Ibu/ayah buat Anaknya...
Cinta Rasul buat Umatnya...
Cinta Allah pada Hambanya...

tetapi...

dalam kalangan kita
adakah kita sedar
akan kufurnya nikmat kita pada tuhan
selepas dia beri nikmat
iman & islam...
serta nikmat2 lain iaitu nyawa 
yang tidak pernah untuk diminta bayar...

tanya pada dirimu 
wahai sekalian manusia...
mengapakah Cinta Allah pada Hambanya yang terakhir kita tulis?
mengapa tidak kita terbalikkan semua itu?

wahai anak muda, ya syabab akhir zaman...
adakah kau sedar...
akan tanggungjawabmu...
 Cinta kita pada Allah
Cinta kita pada Rasul
Cinta kita pada Ibu/ayah
serta...
apa yang kita sangat lupa...adalah cinta kita pada
ISLAM

Islam ialah satu agama Allah
sempurnakan ia dengan berimannya kita pada Allah...
cari lah peluang bagi kita dapat mencintai Allah

sebelum
kita mencintai MANUSIA, manusia yang akan pergi
meninggalkan kita kelak...
manusia yang tidak pernah lekang dari membuatkan kesalahan...
manusia yang pentingkan diri sendiri...
manusia yang tidak terpati pada janji...

hanya Allah, Rabb kita...satu-satu yang yang Sempurna...
akan semua janji2nya...akan dikotakan...
jika kita mahukan ganjaran yang baik...
maka...tinggallah apa yang di larang...
apa yang dia cegah...
tinggalkan Maksiat yang boleh 
membuatkan kita lupakan Tuhan
membuatkan diri jauh dari-Nya...

Ungkapan cinta bukan hanya cintakan Manusia....
bahkan...aplikasikanlah kita kepada 
yang dicipta dengan pencipta...

Ya Rab, Ya Hakim...
Biarlah aku benar-benar bercinta...
bercinta kepada agama-Mu...
cinta akan rasul-Mu...
cinta akan 
keindahan hidup bersyariat-Mu...

Semoga aku tetap beriman kepada-Mu...
Allahumma Amin 

Al-Mufakkir ~Mujahidah Islam



Monday, 13 May 2013

Warkah buat Hati

Bismillah wa Alhmdulillah 
hari ini ana berpeluang untuk membetulkan norma-norma kehidupan 
dalam blog ini dengan mendelete apa yang tidak perlu 
selepas ana melakukan satu perubahan yang paling besar dalam hidup ana
 iaitu berNiqab.

Ya Allah, 
tidaklah aku takut selain Azab-Mu,
 tidaklah aku takut selain dari ujian-Mu,
walaupun aku mampu menghadapinya,

tetapi...
tidakkah Engkau tahu,

tatkala itu...
aku rebah dengan tersungkur,
kakiku lemah longlai,
tak mampu berdiri,
hanya sujud yang dapat memberikan aku
kepuasan
ketenangan
kegembiraan.

sejenak aku terfikir
di saat aku kegembiraan
aku sedar...bahawa
aku sudah leka akan dunia-Mu
dengan urusan dunia
yang tidak pernah habis,
putus,
kerana datang bertubi-tubi
sehinggakan aku lupa akan pencipta.

Alhamdulillah aku cepat sedar 
akan kesalahanku
akan kealphaanku...

Ya Rabb...
Berikanlah ujian kepadaku
sehingga aku benar-benar beriman
kepada-Mu.

Insan kerdil - Mujahidah Islam